Pembalakan haram mampu menyumbang keapada terjadinya bencana alam. Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi gondol dan terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia melimpah ke kawasan sekitar. Banjir yang sering kali memusnahkan perkampungan orang asli mengakibatkan kehidupan masyarakat ini diambang penderitaan. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. Kita tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. setiap tindakan yang kita ambil pastinya akan memberi impak keapada orang lain.
Selain itu, kemusnahan habitat flora dan fauna juga merupakan kesan aktiviti pembalakan haram. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan liar. Kemusnahan hutan bermaksud musnahnya tempat tinggal hidupan-hidupoan yang tinggal didalamnya. Jika tiada tindakan yang diambil bagi mengawal kegiatan manusia yang tidak bermoral ini, nescaya perkara yang lebih teruk lagi akan berlaku. Contohnya, kepupusan sesuatu spesies hidupan. Justeru, langkah yang proaktif perlu lah dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang lebih parah lagi daripada berlaku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Jangan biarkan cucu-cicit kita tertanya-tanya, apa itu orang utan, harimau gajah, dan burung kakak tua.
Di samping itu, pembalakan haram turut
mengakibatkan peningkatan suhu di negara kita. Aktiviti pembalakan haram
akan meningkatkan kandungan gas karbon dioksida dalam udara. Gas ini mampu
memerangkap haba di atmosfera daripada dipantulkan semula. Fenomena inilah yang
menyebabkan peningkatan suhu persekitaran. Keadaan menjadi bertambah teruk
apabila kurangnya tumbuhan yang menyerap gas ini. Selain peningkatan suhu,
fenomena ini turut mengakibatkan kesan rumah hijau dan perubahan suhu setempat.
Oleh yang demikian, kita perlulah menghargai anugerah ciptaan tuhan yang tidak
ternilai harganya ini. Mampukah kita hidup selesa dalam keadaan yang panas
sebegini? Tepuk dada, tanya selera.
Selain berfungsi sebagai peparu bumi, hutan juga bertindak seperti span di kawasan tadahan hujan. Aktiviti manusia menebang pokok-pokok akan menjejaskan kawasan tadahan hujan di tanah tinggi. Hal ini akan mengurangkan kadar serapan dan penyimpanan air dalam tanih sekaligus menjejaskan bekalan air. Keadaan ini mendatangkan kebejatan kepada penduduk sekitar. Tamsilnya, krisis air yang pernah berlaku di Lembah Klangdan Melaka menyebabkan aktiviti harian penduduk seperti memasak, mandi dan membasuh pakaian terganggu. Oleh itu, kita seharusnya sedar akan kepentingan hutan dalam kehidupan kita. Sikap bagaikan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing hanya akan memberi kemudaratan kepada kita.
Intihanya, kita harus berkolaborasi bagi membendung kegiatan ini daripada terus meragut keindahan alam ciptaan ilahi. Pihak kerajaan haruslah mengambil tindakan yang tegas terhadap pesalah yang didapati menjalankan kegiatan pembalakan haram. Orang awam pula hendaklah melaporkan sebarang pergerakan kenderaan pengangkut balak yang mencurigakan. Dengan adanya kerjasama bagaikan aur dan tebing, sudah pasti masalah ini dapat diatasi. Seperkara lagi, kita perlulah ingat bahawa kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita, tetapi kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.